Daripada pembelajaran ini, murid boleh
Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi perubahan warna kertas litmus.
Mengitlak sifat bahan berasid, dan neutral dari aspek perubahan warna kertas litmus, rasa, dan sentuhan.
Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral berdasarkan perubahan warna kertas litmus.
Menjelaskan pemerhatian melalui TMK.
Tahukan anda bahawa setiap bahan makanan dan bahan kegunaan harian mempunyai kandungan kimia yang berbeza? Sifat kimia pada bahan ini akan menentukan sama ada bahan bersifat asid, alkali atau neutral.
Rajah 1
Rajah 2
Berdasarkan Rajah 1 dan Rajah 2 tersebut, dapatkah anda menyatakan apakah bahan yang digunakan dan apakah sifat bahan tersebut samada dia asid, alkali ataupun neutral?
Bagi mengetahui sifat bahan tersebut, ayuh kita lihat satu eksperimen yang dijalankan di sebuah sekolah. Ayuh kita saksikan...
Daripada video tersebut, dapatkan anda menyatakan apakah bahan dan alat yang digunakan untuk menguji sifat bahan-bahan tersebut? Antara bahan yang boleh digunakan untuk menguji sifat bahan adalah kertas litmus.
Rajah 3: Kertas Litmus
Terdapat dua jenis kertas litmus iaitu kertas litmus biru dan kertas litmus merah. Apakah perbezaan antara kedua-dua kertas litmus tersebut? Jawapannya adalah untuk menguji sifat-sifat bahan yang ingin diuji. Kertas litmus merah akan berubah kepada warna biru apabila diuji dengan bahan berasid.
Sebelum kita mengenal apakah sifat bahan-bahan berasid dan beralkali, ayuh kita menonton kartun berkaitan asid dan alkali. Cuba anda analisis apa yang ingin disampaikan daripada video berkenaan.
Sifat Asid
Antara sifat-sifat bahan asid adalah
- Berasa masam
- Nilai pH kurang daripada 7
- Menukarkan kertas litmus biru kepada warna merah
- Contoh bahan berasid adalah
- Buah limau
- Air kelapa
- Manggis
- Peluntur
Alkali
Antara sifat-sifat bahan beralkali adalah
- Berasa pahit atau bersabun
- Mempunyai pH lebih daripada 7
- Menukarkan kertas litmus merah kepada warna biru
- Contoh bahan-bahan beralkali adalah
- terung
- ubat gigi
Neutral
Antara sifat-sifat bahan neutral adalah
- Mempunyai rasa tawar
- Mempunyai pH 7
- Tidak menukarkan warna kertas litmus
- Contoh bahan-bahan bersifat neutral adalah
- Susu segar
- Margerin
- Air suling
Cara Mudah Mengingat
Antara cara mudah untuk mengingati bahan-bahan berasid adalah dengan menyanyikan lagu. Maka, ayuh kita sama-sama menyanyikan lagu yang dipaparkan di bawah.
Uji Minda Anda !!
Klik atau scan QR code pada gambar untuk ke Quiz melalui google form
Comments